Syamsiyah
Nim : 602181010022
Allah Taala menyeru "wahai muhammad bawalah umatmu untuk di hisab dan lintaskan mereka di atas sirat yang di lebarkan panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan" Malaikat malik berdiri di pintunya (neraka) Di Meyeru "wahai muhammad sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai muhammad katakan kepada orang yang diringankan agar berlari katakan kepada orang yang di beratkan agar berjalan.
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat malik "wahai malik Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkan wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi jika tidak, hati mereka akan gemetar apabila melihatmu" Malaikat malik memalingkan mukanya dari umat nabi muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya "Ikutlah aku wahai umatku diatas sirat ini"
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan dua melintasi seperti seperti angin yang kencang. Kumpulan ke ketiga melintasi seerti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima Berlari. Kumpulan yang keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karna mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul diatas belakang mereka.. Nabi Muhammad SAW berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda Nabi Muhammad SAW melihat dari seorang umatnya bergayut diatas sirat, baginda Nabi Muhammad SAW akan menarik tanganya dan membangunkn dia kembali. Kumpulan kedelapan menarik muka mereka dengan rantai karna terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan meyeru "wahai Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW berkata "tuhan selamatkan mereka, Tuhan selamatkan mereka. Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal diatas sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyebrang.
Dikatakan bahwa di pintu syurga ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahanya tidak terkira melainkan Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah meninggal semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu bapanya, mereke meyambutnya dan mengiringi mereka masuk syurga. Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari sutra. Mereka memberi ibu bapanya minum karena kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu bapak mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapakku" Kanak-kanak yang belum melihat ibu bapak mereka telah berkumpul mereka berkata " Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia" Malaikat berkata kepada mereka "ibu dan bapak kamu terlalu berat dosa mereka, mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka. Mereka menangis lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata "kami akan duduk di pintu syurga semoga Allah mengampuninya dan meyatukan kami dengan mereka.
Demikianlah Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka yaiti sirat. Ia di panggil "Tempat Teropong" kaki mereka akan tergantung di sirat. Nabi Muhammad SAW melintasi sirat bersama orang-orang sholeh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapanya ada bendera yang berkibaran, bendera kepujian yang berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.
Rasulullah SAW bersabda "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat jawab "mereka menangis karna berpisah dengan ibu bapak mereka. Nabi SAW bersanda " Aku akan meyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka Insya Allah.
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasuki kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian dari pada mereka.
0 Komentar